SHAH ALAM, 08hb Julai 2026 – Ketua Pendakwa Syarie Selangor bersama delegasi Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor di IDCC Shah Alam.
Delegasi JPSS telah disambut oleh YBrs. Puan Azlina binti Rasdi, Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, bersama barisan pegawai Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor.
Kunjungan hormat ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh hubungan profesional serta mengeratkan kerjasama antara institusi pendakwaan Syariah dan Sivil di Negeri Selangor. Sesi perbincangan yang berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif telah memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai pengurusan pendakwaan, pembangunan kompetensi pegawai pendakwa serta perkongsian amalan terbaik ke arah memperkasakan fungsi pendakwaan.
Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBrs. Puan Azlina binti Rasdi dan seluruh warga Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor atas kesudian menerima kunjungan hormat ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuh demi memperkasakan institusi pendakwaan serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
“Memperkasa Pendakwaan, Menegakkan Keadilan.”
#JabatanPendakwaanSyariahSelangor#JPSS#PendakwaanSyariah#KunjunganHormat#KerjasamaStrategik#Profesionalisme#Selangor










