AKTIVITI, BERITA DAN AKTIVITI

MESYUARAT PENGURUSAN PELUPUSAN BARANG KES JENAYAH SYARIAH

SHAH ALAM , 7 Julai 2026- Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Pelupusan Barang Kes Jenayah Syariah bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Zamniazura binti Mohd Sarin Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Selangor dan dihadiri oleh wakil daripada Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor , Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor ,Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jais dan Pendakwa Syarie Negeri Selangor.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan penyelarasan tatacara pengurusan dan pelupusan barang kes Jenayah Syariah agar dilaksanakan secara lebih sistematik, cekap, telus serta mematuhi peruntukan undang-undang dan prosedur yang berkuat kuasa.

Perbincangan turut memfokuskan kepada pengukuhan tadbir urus, penyelarasan proses kerja serta kerjasama strategik antara agensi berkaitan dalam memastikan pengurusan barang kes dilaksanakan dengan berintegriti dan berakauntabiliti.

Semoga segala keputusan dan cadangan yang dibincangkan dapat memperkukuh sistem pengurusan barang kes Jenayah Syariah di Negeri Selangor, sekali gus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor kepada masyarakat.

“Profesional • Efisien • Berintegriti”

#JabatanPendakwaanSyariahSelangor#JPSS#PendakwaanSyariah#JenayahSyariah#Selangor#TadbirUrus#Integriti#ProfesionalEfisienBerintegriti

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *