AKTIVITI, BERITA DAN AKTIVITI

JPSS SERTAI PAMERAN RERUAI KARNIVAL AGENSI ISLAM SELANGOR TAHUN 2026 (KAI.Sel26) SIRI 2

4 Julai 2026 – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) sekali lagi menyertai Karnival Agensi Islam Selangor (KAI.Sel26) Siri 2 di Masjid Puncak Alam, Kuala Selangor bermula 3 hingga 5 Julai 2026.

Kemeriahan hari pertama dan kedua di reruai JPSS dapat dilihat dengan kehadiran ramai pengunjung sejak bermula karnival siri 2 ini sejak jam 3.00 petang Jumaat, 3 Julai 2026.

Temui kami di reruai JPSS pada hari terakhir karnival siri 2 ini pada 5 Julai 2026. Karnival ini mempunyai pelbagai program yang telah disusun untuk pengunjung yang hadir. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat berkenaan agensi-agensi yang menguruskan Hal Agama Islam di negeri Selangor serta maklumat berkenaan agama Islam di karnival ini.

Siri ketiga dan terakhir KAI.Sel26 ini akan berlangsung pada 10 hingga 12 Julai 2026 bertempat di Masjid As-Solihin, Kanchong Darat, Kuala Langat.

Hadirlah beramai-ramai untuk memeriahkan karnival ini disamping mendapatkan maklumat dan kefahaman lanjut berkenaan agama Islam serta agensi berkaitan hal ehwal Islam di negeri Selangor.

#kaisel26

#jabatanpendakwaansyariahselangor

#jelajahpengurusanislam

#halehwalislamselangor

#KitaSelangorMajuBersama

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *