AKTIVITI, BERITA DAN AKTIVITI, Uncategorized

SEKITAR KARNIVAL AGENSI ISLAM SELANGOR TAHUN 2026 (KAI.Sel26)

27 Jun 2026 – Sekitar hari pertama dan kedua di reruai Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor- JPSS dengan berlangsungnya Karnival Agensi Islam Selangor (KAI.Sel26) di Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang.

Temui kami di reruai nombor 8. Karnival ini bermula dari 26 Jun 2026 hingga 28 Jun 2026. Pelbagai program telah disusun sepanjang karnival ini untuk pengunjung yang hadir. Pelbagai maklumat berkenaan Agensi Islam di negeri Selangor serta maklumat untuk kefahaman berkenaan agama Islam di karnival ini

Siri kedua akan diadakan pada 3 hingga 5 Julai 2026 Di Masjid Puncak Alam dan siri ketiga akan berlangsung pada 10 hingga 12 Julai 2026 bertempat di Masjid As-Solihin, Kanchong Darat, Kuala Langat.

Hadirlah beramai-ramai untuk memeriahkan karnival ini disamping mendapatkan maklumat dan kefahaman lanjut berkenaan agama Islam serta agensi berkaitan hal ehwal Islam di negeri Selangor.

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *