AKTIVITI, BERITA DAN AKTIVITI, Uncategorized

JPSS BERSAMA AGENSI-AGENSI AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR LAKSANAKAN IBADAH KORBAN SEMPENA AIDILADHA 1447H.

SHAH ALAM, 30 Mei 2026 – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) bersama agensi-agensi agama Islam Negeri Selangor telah melaksanakan program Ibadah Korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan semangat kebersamaan ini melibatkan penyembelihan, melapah serta pengagihan daging korban dengan kerjasama warga pelbagai agensi agama Islam Negeri Selangor.

Pelaksanaan ibadah korban ini bukan sahaja menzahirkan ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim AS serta Nabi Ismail AS, malah menjadi medium untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim antara agensi serta menyemai nilai kerjasama, keprihatinan dan semangat kebajikan dalam kalangan warga kerja.

Diharapkan program seumpama ini dapat terus menjadi wadah penyatuan ummah dan memperkasakan syiar Islam di Negeri Selangor.

“Sesungguhnya Allah tidak menerima daging dan darah korban itu, tetapi yang diterima-Nya ialah ketakwaan kamu.”

(Surah Al-Hajj: 37)

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *