KLANG , SELANGOR – Pada 21 hingga 22 Mei 2026, Wyndham Acmar Klang telah menjadi lokasi penganjuran Bengkel Pemurnian Fakta Kes Kesalahan Jenayah Syariah yang menghimpunkan Pendakwa-Pendakwa Syarie Negeri Selangor bersama Ketua Pendakwa Syarie Selangor Puan Sofian binti Ahmad .
Program anjuran Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor melalui Bahagian Perundangan, Perbicaraan dan Rayuan ini diadakan sebagai usaha memperkukuh kualiti penyediaan fakta kes serta memastikan penyelarasan amalan pendakwaan jenayah syariah di Negeri Selangor.
Bengkel ini memberi fokus kepada perbincangan, penelitian dan pemurnian format penyediaan fakta kes bagi kesalahan jenayah syariah supaya lebih tersusun, komprehensif dan selaras dengan kehendak perundangan serta amalan semasa mahkamah.
Antara objektif utama program adalah:
1. Menyediakan garis panduan penyediaan fakta kes bagi kesalahan jenayah syariah;
2. Menyelaras format fakta kes jenayah syariah di peringkat Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor;
3. Memperkukuh kualiti dokumentasi pendakwaan;
4. Mewujudkan keseragaman amalan dalam kalangan Pendakwa Syarie Negeri Selangor; dan
5. Meningkatkan profesionalisme serta keberkesanan pengendalian kes jenayah syariah.
Semoga penganjuran bengkel ini menjadi platform yang bermanfaat dalam memperkasakan sistem pendakwaan syariah serta mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan ke arah pendakwaan yang lebih efisien, berkualiti dan berintegriti.
#JabatanPendakwaanSyariahSelangor








