SHAH ALAM, 20 Mei 2026 – Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Semoga pengurniaan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang, berintegriti serta penuh dedikasi kepada masyarakat, agama, bangsa dan negeri Selangor Darul Ehsan.
Sekalung penghargaan dan tahniah turut dizahirkan kepada warga Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) yang menerima pengiktirafan atas jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan iaitu Muhamad Rafizan bin Ahmad Supian, penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dan Suziana binti Jamiron, penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Daulat Tuanku.
#jabatanpendakwaansyariahselangor#jabatanpendakwaan#jabatanpendakwaansyariah#pendakwaansyariah#halehwalislam#halehwalislamselangor#KitaSelangor#pingatnegeriselangor

