BERITA DAN AKTIVITI

Penyerahan T-Shirt Larian Merdeka MAIS

Penyerahan T-Shirt Larian Merdeka MAIS

SHAH ALAM, 9 Ogos 2024 – Penyerahan t-shirt larian telah diadakan pada hari ini kepada para peserta yang akan mewakili Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor- JPSS dalam program Larian Merdeka Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 11 Ogos 2024.

Seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JPSS termasuk Ketua Pendakwa Syarie Negeri Selangor, Tuan Haji Zainor Rashid bin Hassin akan menyertai program yang akan berlangsung pada Ahad ini.

JPSS amat menyokong pelaksanaan program seperti larian ini kerana ia memberi manfaat kesihatan kepada peserta disamping dapat mengeratkan ukhuwah diantara MAIS dan semua agensi Hal Ehwal Islam (HEI) Negeri Selangor termasuk anak syarikat MAIS serta menyemarakkan semangat cintakan negara sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan disambut pada 31 Ogos 2024 dan 16 September 2024 nanti.