BERITA DAN AKTIVITI

MAJLIS APRESIASI JPSS TAHUN 2023

2 Ogos 2024, Shah Alam – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor telah mengadakan Majlis Apresiasi JPSS Tahun 2023 bagi meraikan penerima anugerah APC, AJD dan beberapa anugerah lain disamping menghargai jasa semua warga kerja JPSS atas khidmat serta bakti mereka sepanjang tahun 2023. Majlis dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Zainor Rashid bin Hassin, Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor, dengan tema “Berhijrah ke arah lebih baik untuk kecemerlangan dunia akhirat”.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga pencapaian anda dapat menjadi suri teladan serta inspirasi kepada anggota lain agar menjadi pegawai yang profesional, efesien dan berintegriti. Majlis juga sekaligus meraikan pertukaran pegawai Puan Nurul Ashikin binti Mohd Machudi dan Encik Mohd Afzan bin Ismail.

#jpss#jabatanpendakwaansyariahselangor#kitaselangor