BERITA DAN AKTIVITI

Kunjungan Fakultas Hukum, Universitas Indonesia dan Akademi Islam Universiti Malaya

Kunjungan Fakultas Hukum, Universitas Indonesia dan Akademi Islam Universiti Malaya

Shah Alam, 04 Disember 2023 – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) telah menerima kunjungan hormat daripada Fakultas Hukum, Universitas Indonesia dan wakil Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Deligasi seramai 6 orang tersebut diketuai oleh Dr. Parulian Paidi Aritonang, Dekan Fakultas Hukum Universitas Indonesia bersama pensyarah dan beberapa pelajar.

Kunjungan ini disambut oleh Tuan Haji Zainor Rashid Bin Hassin, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Selangor bersama Tuan Husaini Bin Roslin, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan serta beberapa pegawai JPSS yang lain.

Sepanjang sesi tersebut, pihak JPSS telah berkongsi berkenaan Undang-undang yang digunapakai dan tatacara pengendalian pendakwaan jenayah syariah di Negeri Selangor yang sedang berkuatkuasa ketika ini, disamping bertukar fikiran dan pengalaman perundangan Jenayah Syariah di kedua-dua pihak.

JPSS mengucapkan terima kasih atas kunjungan deligasi daripada Fakultas Hukum, Universitas Indonesia dan semoga perkongsian ilmu serta usaha ini mendapat keredhaan Allah SWT serta mencapai objektifnya.

#jpss

#jabatanpendakwaansyariahselangor

#kitaselangormajubersama