Petaling, 25 Julai 2026 – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) telah menyertai pameran reruai bagi memeriahkan Karnival Undang-Undang Syariah Selangor 2026 anjuran bersama Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) di bawah Kluster Amar Maaruf Nahi Mungkar MAIS, Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS dan Masjid Ara Damansara pada hari ini.
Reruai JPSS menyediakan maklumat berkenaan fungsi utama JPSS dan maklumat umum berkenaan pendakwaan kes jenayah syariah melalui kuiz ringkas yang boleh boleh dijawab oleh pengunjung yang hadir ke reruai JPSS di samping pameran jubah khas Ketua Pendakwa Syarie semasa melaksanakan prosiding pendakwaan di Mahkamah Syariah. Petugas reruai pada kali ini diketuai oleh Tuan Mohd Firdaus bin Mohed, Ketua Bahagian Pengurusan Rekod Kes dan dibantu oleh tiga orang kakitangan JPSS yang lain.
Reruai JPSS telah dikunjungi oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah dan selebriti popular, Saudara Alif Satar serta orang awam yang hadir di karnival tersebut. Selain JPSS, beberapa agensi kerajaan lain turut membuka reruai sepanjang karnival berkenaan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), dan Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Turut sama hadir memeriahkan karnival tersebut ialah Tuan Husaini bin Roslin, Ketua Bahagian Perundangan, Perbicaraan dan Rayuan, JPSS yang menjadi salah seorang panel dalam sesi Forum Undang-Undang Syariah pada pagi ini.
#jabatanpendakwaansyariahselangor











