28 Ogos 2026 | Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK Selangor
Mesyuarat Penyelarasan Program Pementoran telah diadakan sebagai platform bagi memperkukuh pelaksanaan program serta berkongsi perkembangan dan pencapaian peserta sepanjang tempoh program pementoran.
Agenda utama mesyuarat adalah pembentangan laporan Program Pementoran oleh para peserta, yang mengetengahkan pengalaman, perkembangan kompetensi, hasil bimbingan serta impak program terhadap pembangunan diri dan kerjaya.
Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) diwakili oleh Puan Siti Nor Hashibah binti Jamhari dan Puan Siti Nurkhairunnisa Laila binti Sazali selaku mentor dalam Program Pementoran.
Program ini menjadi wadah penting dalam memperkasa budaya perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran antara mentor dan mentee, di samping membantu membentuk warga kerja yang lebih kompeten, yakin dan bersedia menghadapi cabaran perkhidmatan awam.
JPSS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK Selangor atas kerjasama, komitmen dan sokongan yang diberikan sebagai Rakan Strategik dalam Program Pementoran.
Semoga jalinan kerjasama strategik ini terus diperkukuh dalam usaha melahirkan modal insan yang berkompetensi, berintegriti dan berdaya saing demi kecemerlangan perkhidmatan awam Negeri Selangor.
“Pementoran bukan sekadar membimbing, tetapi satu proses membina potensi, meningkatkan kompetensi dan menyediakan hala tuju pembangunan masa hadapan.”
#JPSS#JabatanPendakwaanSyariahSelangor
#ProgramPementoran2026#Pementoran
#PembangunanKompetensi#PembangunanModalInsan








