AKTIVITI, Berita, Uncategorized

JPSS TEGUH BUDAYA INTEGRITI, MERIAHKAN HARI SUKAN NEGARA 2026 DALAM SUASANA SANTAI

​SHAH ALAM, 9 Oktober 2026 — Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober dengan pengisian bermakna yang menggabungkan elemen pengukuhan integriti serta penerapan gaya hidup sihat dalam kalangan warganya.

​Majlis perhimpunan kali ini telah disempurnakan oleh Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Puan Sofian binti Ahmad. Dalam amanatnya, beliau menyeru seluruh warga kerja JPSS agar sentiasa memperkasa integriti dan amanah dalam melaksanakan tugasan harian demi memartabatkan sistem keadilan syariah di negeri ini.

​Meskipun berdepan kekangan cuaca akibat keadaan jerebu yang membimbangkan di luar, sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 tetap meriah diraikan secara inisiatif dalaman (indoor). Antara pengisian menarik termasuklah sesi kuiz interaktif menerusi platform Kahoot bertemakan HSN bagi menguji pengetahuan warga kerja mengenai kepentingan kecergasan dan sukan.

​Sebagai kemuncak majlis, Puan Sofian binti Ahmad turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang Program Cabaran Gaya Hidup Sihat 2.0 (2026 JPSS Healthy Challenge). Inisiatif ini diharapkan dapat terus membakar semangat warga JPSS untuk mengamalkan keseimbangan antara kerjaya dan kesihatan fizikal.

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *