KUALA LANGAT, 18 Mac 2026 – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) melalui Pertubuhan Kebajikan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (BAKEP) telah menyempurnakan majlis penyerahan Sumbangan Ramadan kepada Rumah Anak Yatim dan Asnaf Sijangkang (RAYA Sijangkang) sempena menyambut ketibaan Syawal 1447H.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pendakwa Syarie, Puan Sofian binti Ahmad kepada Tuan Haji Asrin bin Ishak, Pengerusi Ahli Jawatankuasa RAYA Sijangkang, pagi tadi.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Puan Zamniazura binti Mohd Sarin, Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Selangor merangkap Pengerusi BAKEP, serta barisan Ahli Jawatankuasa BAKEP sesi 2026-2028.
Adalah diharapkan agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pengurusan RAYA Sijangkang, seterusnya membawa kegembiraan kepada anak-anak di rumah berkenaan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran pahala dan keberkatan rezeki kepada para penyumbang.
#JPSS#jabatanpendakwaansyariahselangor#jabatanpendakwaansyariah#halehwalislamselangor




