30hb Mac 2026 , Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Pelaksanaan Mahkamah Digital dan Pengurusan Kes Jenayah Syariah di Negeri Selangor bertempat di Concorde Hotel Shah Alam bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang .
Bengkel ini dipengerusikan secara bersama oleh Puan Sofian binti Ahmad, Ketua Pendakwa Syarie Selangor dan Puan Salwani binti Khalid, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.
Program ini menghimpunkan pegawai Pendakwa Syarie , Timb Pendaftar dan Penolong Pendaftar bagi membincangkan pelaksanaan Mahkamah Digital dan memperkukuh penyelarasan pengurusan kes jenayah syariah di Negeri Selangor.
Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk menyelaras pelaksanaan sistem Mahkamah Digital bagi memastikan proses pengendalian kes jenayah syariah dapat dilaksanakan secara lebih sistematik, cekap dan selaras antara agensi.Selain itu bengkel ini juga sebagai usaha untuk memperkemas tatacara pengurusan kes jenayah syariah dari peringkat pendaftaran kes sehingga penyelesaian kes di mahkamah.
Bengkel ini juga dapat mempertingkatkan kefahaman pegawai terhadap penggunaan sistem digital dalam pengurusan kes bagi menyokong transformasi perkhidmatan kehakiman syariah.Secara tidak langsung bengkel ini dapat mengukuhkan kerjasama strategik antara pihak pendakwaan dan pihak mahkamah dalam memastikan pentadbiran keadilan syariah berjalan dengan lebih efektif.
Kesepakatan yang dicapai melalui program ini , pelaksanaan Mahkamah Digital dapat diperkasakan seterusnya meningkatkan kecekapan pengurusan kes Jenayah Syariah di Negeri Selangor selaras dengan usaha transformasi perkhidmatan kehakiman syariah yang lebih moden dan efisien.
#Jabatanpendakwaansyariahselangor






