Uncategorized

MESYUARAT PENYELARASAN SASARAN KERJA UTAMA DAN MYPORTFOLIO JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH SELANGOR (JPSS) TAHUN 2025

Shah Alam, 20 Januari 2025 – Mesyuarat Penyelarasan Sasaran Kerja Utama (SKU) dan myPortfolio Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) telah diadakan pada 17 hingga 19 Januari 2025 bertempat di KSL Esplanade Hotel, Klang. Seramai 37 orang pegawai dan kakitangan JPSS daripada semua Bahagian di JPSS telah menghadiri program selama 3 hari dua malam tersebut.
Program ini bertujuan untuk menyemak, menyelaras dan menetapkan SKU JPSS bagi tahun 2025 serta mengemaskini Deskripsi Tugas serta myPortfolio setiap pegawai dan kakitangan, terutama Bahagian-Bahagian yang mempunyai perubahan fungsi dan tugas mulai tahun 2025. Di samping itu, program ini juga diharap dapat meningkatkan penyelarasan antara Bahagian-Bahagian di JPSS, serta memastikan setiap pegawai dan kakitangan memahami peranan dan tanggungjawab mereka dengan lebih jelas. Dengan adanya perbincangan dan penetapan yang lebih terperinci, diharapkan JPSS akan dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan memenuhi sasaran yang telah ditetapkan.
Puan Zamniazura binti Mohd Sarin, Timbalan Ketua Pendakwa Syarie (TKPS), turut hadir dan bertindak sebagai penyelia dan pemudah cara sepanjang perbincangan berlangsung. Hadir bersama ke program berkenaan adalah Ketua Bahagian Perundangan, Perbicaraan dan Rayuan, Tuan Husaini bin Roslin serta Ketua Bahagian Pengurusan Rekod Kes, Tuan Mohd Firdaus bin Mohed.
Semoga pelaksanaan program ini dapat membantu JPSS untuk terus beroperasi dengan lebih efisien dan berkesan dalam melaksanakan tugas-tugas pada tahun 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *