Uncategorized

BENGKEL PENYELARASAN KANDUNGAN LAMAN SESAWANG JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH SELANGOR

SHAH ALAM, 30 SEPTEMBER 2024 : Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor melalui Jawatankuasa Tadbir Urus Laman Sesawang JPSS telah melaksanakan Bengkel Pengemaskinian Portal JPSS bertempat di Bilik Cempaka, De Palma Hotel, Shah Alam. Bengkel telah dihadiri oleh semua ahli Jawatankuasa Kandungan & Teknikal.

Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah dalam merangka Prosedur Operasi Standard Pengurusan Kandungan Portal JPSS serta pengemaskinian maklumat portal serta meningkatkan kemahiran kakitangan dalam pengendalian dan tata kelola laman web jabatan.

Turut hadir bersama, Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Puan Zamniazura binti Mohd Sarin dan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Tuan Husaini bin Roslin, selaku Ketua JK Pengurusan Kandungan Laman Sesawang dan Ketua JK Teknikal Laman Sesawang JPSS

#jabatanpendakwaansyariahselangor

#portalrasmijpss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *