Uncategorized

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN DOKUMEN DAN FAIL KES JENAYAH SYARIAH

SHAH ALAM, 21–22 SEPTEMBER 2026 – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) melalui Bahagian Perundangan, Perbicaraan dan Rayuan telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Dokumen dan Fail Kes Jenayah Syariah bertempat di Dewan Teratai, Hotel De Palma, Shah Alam.

Kursus yang melibatkan Pembantu Syariah dan Pendakwa Syarie ini memberi fokus kepada pemantapan pengurusan dokumen dan fail kes, keselamatan dokumen kerajaan serta penerapan kaedah digital dan Kecerdasan Buatan (AI) dalam tugasan.

Peserta telah menerima perkongsian daripada Puan Nurul Adha binti Yahaya, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri Negeri Selangor berkaitan pengendalian dan pengawalan dokumen terperingkat kerajaan secara fizikal dan digital.

Turut diadakan pengisian oleh Tuan Ahmad Fairus (Coach TAF) berkaitan aplikasi AI dalam pengurusan dan penyediaan dokumen rasmi serta tugasan Bahagian Perundangan, Perbicaraan dan Rayuan.

Menariknya, peserta turut didedahkan kepada pembinaan dan penggunaan dashboard bagi membantu pengurusan data, pemantauan prestasi serta analisis tugasan secara lebih sistematik, di samping aktiviti pembentangan kumpulan yang menggalakkan perkongsian idea dan cadangan penambahbaikan proses kerja.

Secara keseluruhannya, kursus ini memberi nilai tambah kepada peserta dalam meningkatkan kompetensi, kecekapan, produktiviti dan kemahiran digital, khususnya melalui pengurusan dokumen yang lebih sistematik, penggunaan AI serta pendekatan pengurusan berasaskan data.

JPSS terus komited memperkasa kompetensi warga kerja dan mendukung transformasi digital bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan pendakwaan syariah.

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *