Uncategorized

SESI KUNJUNG HORMAT KETUA PENDAKWA SYARIE SELANGOR KEPADA PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Shah Alam, 16 April 2025 – Ketua Pendakwa Syarie Selangor (KPS), Puan Sofian binti Ahmad telah mengadakan sesi kunjung hormat kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Bin Saidin yang bertempat di Majlis Agama Islam Selangor, Shah Alam.

Objektif kunjungan hormat ini adalah

i) Mengukuhkan hubungan silaturrahim dan sesi perkenalan KPS sebagai Ketua Jabatan di Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor yang baharu mulai 3 Februari 2025.

ii) Menjalin kerjasama strategik dalam bidang perundangan melibatkan pengurusan kes-kes Jenayah Syariah di Negeri Selangor.

iii) Membincangkan isu-isu semasa berkaitan pelaksanaan undang-undang Syariah yang melibatkan peranan JPSS dan MAIS.

Hadir bersama semasa sesi tersebut ialah Ketua Bahagian Penyelidikan dan Perundangan, Puan Shabariah binti Hussin, wakil Pendakwa Syarie dan wakil Bahagian Khidmat Pengurusan JPSS. Program ini diakhiri dengan sesi penyerahan cenderahati dan bergambar.

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *