Uncategorized

JPSS TERIMA LAWATAN PENGERUSI MAIS

Shah Alam, 22 April 2025 – Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin telah membuat lawatan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) yang menjadi salah satu lokasi dalam Program Turun Padang Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke Bangunan Sultan Idris Shah (BSIS) dan Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah.

Beliau telah disambut oleh Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Puan Sofian binti Ahmad, bersama barisan pegawai dan Ketua Bahagian di JPSS. Sesi taklimat ringkas berkenaan pentadbiran dan situasi semasa JPSS telah diadakan dan sesi lawatan ke ruang kerja JPSS serta sesi bergambar telah diadakan seusai taklimat dilaksanakan.

Turut hadir bersama, Setiausaha MAIS, Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar dan barisan pengurusan tertinggi MAIS. Semoga sesi lawatan ini mengeratkan hubungan di antara MAIS, JPSS dan agensi Hal Ehwal Islam (HEI) Negeri Selangor di BSIS dan Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah.

#jpss #mais #jabatanpendakwaansyariahselangor

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *