Uncategorized

BENGKEL PENGURUSAN REKOD KES

JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH SELANGOR

SHAH ALAM , SELANGOR – Bahagian Rengurusan Rekod Dan Kes (BPRK), Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Rekod Kes yang bertujuan untuk memantapkan pengurusan rekod-rekod kes pendakwaan di JPSS. Program ini telah berlangsung pada 25 hingga 26 November 2024 di Hotel De Palma, Shah Alam, Selangor.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Tuan Muhamad Rafizan bin Ahmad Supian, Ketua Seksyen Pengurusan Rekod, BPRK. Bengkel ini telah dihadiri oleh Puan Zamniazura Binti Mohd Sarin, Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Puan Shabariah binti Hussin, Ketua Bahagian BPRK bersama barisan Pendakwa Syarie dan Pembantu Pendakwa Syarie, yang berpeluang memperkaya pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan rekod secara komprehensif. Semoga ilmu dan panduan yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan kes di Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.

#jpss

#KitaSelangorMajuBersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *