SHAH ALAM , SELANGOR – Bahagian Perbicaraan & Rayuan, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Proses Kerja yang bertujuan untuk memperkukuh sistem dan amalan terbaik dalam pengurusan pendaftaran, pengurusan prosiding perbicaraan dan pengurusan rayuan. Program ini telah berlangsung pada 12 hingga 13 November 2024 di Hotel De Palma, Shah Alam, Selangor.
Objektif program ini adalah untuk menyelaraskan proses kerja pengurusan pendaftaran, pengurusan prosiding perbucaraan dan pengurusan rayuan bagi memastikan keberkesanan dan kelancaran sistem, meningkatkan kefahaman dan kemahiran teknikal para Pendakwa Syarie serta Pembantu Pendakwa Syarie dalam aspek pengurusan kes dan membina kerjasama yang lebih erat antara pendakwa syarie dan pembantu pendakwa syarie dalam usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan jabatan.
Bengkel ini telah dihadiri oleh Puan Zamniazura Binti Mohd Sarin , Timb Ketua Pendakwa Syarie Selangor bersama barisan Pendakwa Syarie dan Pembantu Pendakwa Syarie, yang berpeluang memperkaya pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kes secara komprehensif. Semoga ilmu dan panduan yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan kes di Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.