
Bhg. Khidmat Pengurusan
1. Merancang, mengurus dan melaksanakan pembangunan sumber manusia, latihan dan kerjaya.
2. Mengurus hal ehwal kewangan dan peruntukan perbelanjaan Jabatan.
3. Mengurus dan mengendalikan khidmat pelanggan dan aduan awam yang berkaitan.
4. Memberi perkhidmatan sokongan kepada bahagian-bahagian lain dalam semua perkara berkaitan dengan
pentadbiran, perkhidmatan, kewangan, pengurusan sumber manusia dan teknologi maklumat.
5. Mengurusetia mesyuarat Jawatankuasa – Jawatankuasa (Pentadbiran) di Jabatan.
6. Menyelaras pembangunan organisasi, kualiti dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan.

Bhg. Perundangan, Perbicaraan & Rayuan
1. Memberi nasihat undang-undang kepada Agensi Penguatkuasa Agama bagi memastikan tindakan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa.
2. Membangun dan menyelaras dasar, prosedur dan garis panduan pendakwaan.
3. Meneliti dan menilai kertas siasatan serta dan menyediakan syor untuk tindakan pendakwaan.
4. Mengurus pendaftaran Kes Jenayah Syariah ke Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa.
5. Mengurus dokumentasi perundangan dan perbicaraan di Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa.
6. Mengendali prosiding pendakwaan di Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa.
7. Mengendali prosiding rayuan, permohonan dan semakan kes jenayah Syariah di Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa.
8. Merancang, menyelaras dan membangun kompetensi bagi peningkatan profesionalisme pendakwa syarie.
9. Menyelaras dan menjalin kerjasama strategik bersama agensi berkaitan bagi penambahbaikan pengurusan pendakwaan.

Bhg. Penyelidikan & Perundangan
1. Mengkaji, meneliti dan mengemukakan cadangan penambahbaikan undang-undang, kaedah dan garis panduan kepada agensi yang berkaitan.
2. Mengurus dan menyelaras penyelidikan perundangan jenayah syariah secara kolaboratif dengan individu atau agensi
yang berkaitan
3. Mengurus dan menyelaras sumber dan bahan rujukan undang-undang untuk keperluan pendakwa syarie.
4. Melaksanakan kajian dan pengumpulan data perundangan syariah bagi menyokong keperluan pendakwa syarie

Bhg. Pengurusan Rekod & Kes
1. Menyedia, menyelenggara dan menyelia rekod Perintah Untuk Menyiasat (OTI), kertas siasatan dan kes.
2. Menguruskan Kertas Siasatan (IP) yang diterima daripada Agensi Penguatkuasa Agama.
3. Mengurus, menyelaras dan menganalisis data dan rekod kes jenayah syariah
4. Mengurus dan mengawal fail kes dengan teratur dan mematuhi dasar pengurusan rekod
5. Mengurus, menyelenggara dan mengawal selia bilik fail dengan sistematik mengikut peraturan