Shah Alam , 21 Februari 2025 – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor terus komited dalam melaksanakan Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam sebagaimana yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005 : Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.
Program ini dilaksanakan dengan pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan dengan menerapkan elemen psikologi dan kaunseling secara profesional yang diberikan oleh mentor kepada menti bertujuan meningkatkan pembangunan dan kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial.
Dua orang Mentor telah dilantik bagi perlaksanaan program ini iaitu Pn. Siti Nor Hashibah binti Jamhari dan Pn. Siti Nurkhairunnisa Laila binti Sazali . Sebagai mentor, mereka akan membimbing dan berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam aspek kompetensi profesional , kompetensi budaya , kompetensi peribadi dan kompetensi sosial kepada para mentee.
Enam orang mentee telah dilantik bagi sesi ini iaitu terdiri daripada Pn. Rozita binti Amir, Pn. Fazliana binti Ali, Pn. Siti Normah Supaat, Pn. Nurul Aini binti Mohmad Alias, En. Muhamad Muzakir bin Misran, En. Md. Helmi bin Mashor. Mentee dipilih berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Jabatan ini .
Diharapkan dengan pelaksanaan program ini, mentee akan mendapat manfaat maksimum dalam aspek pembelajaran, kepimpinan, serta pembangunan diri, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.
#ProfesionalEfisienBerintegriti














