Uncategorized

BENGKEL SISTEM KEDATANGAN SPOT-ME

poster bengkel spot me

JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH SELANGOR (JPSS)

SHAH ALAM, 02 Disember 2024 – Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) telah menganjurkan Taklimat dan Bengkel Sistem Kedatangan Spot-Me yang bertujuan untuk memantapkan pengurusan rekod kehadiran pegawai JPSS secara elektronik. JPSS bercadang untuk menggunakan sistem kehadiran ini bagi memudahkan pemantauan kehadiran secara kendiri oleh setiap pegawai dan kakitangan di JPSS.

Bengkel ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat JPSS, dengan kerjasama penceramah daripada Bahagian Aplikasi, Jabatan Digital Negara, iaitu Puan Nor Asmizan binti Mohamad dan Puan Marliana binti Ramli. Bengkel ini turut dihadiri oleh Puan Zamniazura binti Mohd Sarin, Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Tuan Husaini bin Roslin, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan bersama warga kerja Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.

Semoga perkongsian ilmu dan tatacara penggunaan aplikasi Spot-Me ini akan membantu warga kerja JPSS memacu jabatan ke arah yang lebih proaktif dan efisien. Diharap supaya ilmu yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan sistem kehadiran di Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.

#jabatanpendakwaansyariahselangor

#jabatandigitalnegara

#jpss

#KitaSelangorMajuBersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *