Uncategorized

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN JPSS 1446H/2025

17 Mac 2025, SHAH ALAM – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) melalui Pertubuhan Kebajikan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (BAKEP) dengan jayanya telah mengadakan satu Taklimat Wakaf pada hari ini. Program ini merupakan sebahagian daripada program-program yang dirancang oleh Biro Agama & Kerohanian BAKEP bersempena Program Semarak Ramadhan JPSS 1446H/2025.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain Bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS. Objektif program ini diadakan adalah sebagai satu medium pendedahan dan perkongsian ilmu berkaitan Wakaf kepada semua kakitangan JPSS. Selain itu, turut dikongsikan tentang peranan PWS sebagai agensi pengurusan Wakaf di Negeri Selangor. Turut disediakan pada program kali ini, kaunter perkhidmatan sumbangan Wakaf melalui potongan gaji dan auto-debit bank.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan JPSS dan pihak Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang menjayakan prgram pada hari ini Semoga amalan yang dituntut menjamin ganjaran pahala yang berterusan serta mendapat ganjaran yang sebaiknya di sisi Allah S.W.T.

Majlis juga turut disempurkan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh Tuan Mohd Firdaus Bin Mohed, Ketua Bahagian Pengurusan Rekod & Kes.

#jabatanpendakwaansyariahselangor

#perbadananwakafselangor

#bakep

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *