Uncategorized

Majlis Apresiasi Tahun 2024 dan Sambutan Hari Kebangsaan JPSS Tahun 2025

Klang, 8 September 2025 – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor telah mengadakan Majlis Apresiasi JPSS Tahun 2024 dan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 di Hotel Wyndham Acmar, Klang.

Majlis ini diadakan untuk meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2024 disamping menghargai pegawai dan kakitangan JPSS yang telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik dan mencapai Sasaran Kerja Utama (SKU) JPSS sepanjang tahun 2024.

Selain itu, sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68 turut diadakan bagi menyemarakkan semangat cintakan negara di kalangan warga kerja JPSS.

Seramai 9 orang penerima anugerah telah diraikan, iaitu 3 orang penerima APC dan 4 orang penerima anugerah khas jabatan telah menerima sijil penghargaan daripada Ketua Pendakwa Syarie Negeri Selangor, Puan Sofian binti Ahmad.

Turut diraikan, Puan Salasiah binti Ali yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada bulan Oktober 2025. Semoga warga kerja JPSS akan terus meningkatkan usaha untuk memberikan penyampaian terbaik dalam pengurusan perundangan syariah khususnya pendakwaan jenayah syariah dalam Negeri Selangor.

#jabatanpendakwaansyariahselangor

#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni

#jabatanpendakwaan

#pendakwaansyariah

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *