Uncategorized

SEMINAR KESEDARAN PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA

SHAH ALAM, 28 November 2024 – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) telah menganjurkan Seminar Kesedaran Perundangan Islam Di Malaysia dengan tema Islam Dalam Perlembagaan Dan Cabaran Islam Sebagai Agama Persekutuan. Seminar ini telah berlangsung di Dewan Shah Alam 1, Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor.

Seramai tiga orang pembentang telah mengupas isu-isu yang berkaitan bermula dengan pembentangan pertama oleh Ts. Dr. Ros Mahwati binti Ahmad Zakaria, Ketua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan tajuk pembentangan “Menelusuri Pengaruh Islam Di Alam Melayu Melalui Warisan Manuskrip Melayu”.

Pembentang kedua adalah Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi bin Hashim @ Wan Hussain, Pensyarah, International Institute Of Islamic Thought And Civilisation (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan tajuk pembentangan “Islam Dalam Perlembagaan”.

Manakala pembentangan ketiga adalah daripada Dr. Azizah binti Mat Rashid, Pensyarah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Selangor (UIS) dengan tajuk “Pemerkasaan Perundangan Islam Masa Kini”.

Exco Agama Islam & Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah telah bersama-sama hadir mengambil bahagian pada setiap sesi pembentangan dan kemudiannya mengakhiri seminar ini dengan merasmikan majlis penutupan seminar dan menyempurnakan peluncuran Buku Aspirasi JPSS 2024.

Turut hadir adalah Y.A.A. Dato’ Mohammad Adib bin Hussain, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), S.S. Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan Puan Norlaili binti Mohamad, Penasihat Undang-Undang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama 300 orang peserta daripada pelbagai jabatan kerajaan seluruh Malaysia dan juga pelajar-pelajar universiti.

#jabatanpendakwaansyariahselangor

#KitaSelangorMajuBersama

#excoagamaislamdanpembudayaaninovasi

#ybfahmingah

#jabatankehakimansyariahselangor

#jais#majlisagamaislamselangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *