Uncategorized

LAWATAN KERJA JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH SARAWAK KE JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH SELANGOR

Shah Alam, 10 November 2026 – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor telah menerima kunjungan dan lawatan kerja dari Jabatan Pendakwaan Syariah Sarawak yang terdiri daripada 14 orang pegawai termasuk Ketua Pendakwa Syarie (KPS), Timbalan Ketua Pendakwa Syarie (TKPS), Pendakwa Syarie dan kakitangan.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta perkongsian maklumat berkaitan fungsi, peranan dan tanggungjawab jabatan, di samping mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua jabatan.

Sepanjang lawatan tersebut, pihak jabatan telah memberikan penerangan berkenaan struktur organisasi, bidang tugas, pelaksanaan operasi, pembentangan statistik kes-kes jenayah Syariah yang berlaku di Negeri Selangor serta perkhidmatan yang disediakan.

Sesi lawatan turut disusuli dengan perbincangan dan sesi soal jawab bagi membolehkan kedua-dua pihak bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta mendapatkan maklumat yang berkaitan. Secara keseluruhannya, lawatan ini telah berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan hubungan kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan serta memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan pada masa hadapan.

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *