SHAH ALAM, 17 Ogos 2026– Bahagian Penyelidikan & Perundangan, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) telah mengadakan Mesyuarat Berkaitan Isu Perundangan Jenayah Syariah Negeri Selangor bertempat di Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor.
Mesyuarat yang bermula pada jam 11.00 pagi ini diadakan sebagai perbincangan lanjutan bagi mendapatkan pandangan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor berhubung isu perundangan yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi pendakwaan syariah khususnya berkaitan kesalahan Jenayah Syariah di bawah bidangkuasa Negeri Selangor.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Tuan Mohamad Onn bin Abd. Aziz, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, dan turut dihadiri Tuan Mohammad Shahidan bin Abdul Ghapar, Penolong Penasihat Undang-Undang Syariah, Puan Zarina binti Mhd. Hisham, Penolong Penasihat Undang-Undang serta pegawai-pegawai daripada JPSS yang diketuai oleh Ketua Pendakwa Syarie, Puan Sofian binti Ahmad.
Perbincangan memberi tumpuan kepada penelitian terhadap isu perundangan yang dibangkitkan serta mendapatkan pandangan dan nasihat perundangan yang bersesuaian bagi memastikan pelaksanaan tugas pendakwaan syariah sentiasa selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Hasil mesyuarat, Bahagian Penyelidikan & Perundangan JPSS akan melaksanakan kajian lanjut terhadap beberapa peruntukan yang dibincangkan dan seterusnya mengemukakan hasil kajian tersebut kepada Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor untuk tindakan serta pandangan selanjutnya.
Mesyuarat ini mencerminkan komitmen JPSS dalam memperkukuh kefahaman, ketepatan dan keseragaman dalam aspek perundangan di samping memastikan setiap tindakan pendakwaan dilaksanakan berdasarkan peruntukan undang-undang dan prinsip perundangan yang tepat.
#JPSS#JabatanPendakwaanSyariahSelangor#PerundanganSyariah#PenyelidikanDanPerundangan#PendakwaSyarie#Selangor



