Uncategorized

PERBINCANGAN CADANGAN PINDAAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1995 DAN ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH SELANGOR 2023

SHAH ALAM 14 Ogos 2026 – Bahagian Penyelidikan & Perundangan, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) telah menganjurkan Perbincangan L Berkaitan Cadangan Pindaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS) 1995 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (ETJSS) 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat JPSS.

Sesi perbincangan yang bermula pada jam 9.00 pagi ini melibatkan Puan Sofian binti Ahmad , Ketua Pendakwa Syarie Selangor bersama Puan Majdah binti Muda Penasihat Undang-Undang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) , Tuan Mohammad Shahidan bin Abdul Ghafar Penolong Penasihat Undang-Undang Syariah Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan Pegawai daripada Bahagian Penyelidikan dan Perundangan JPSS.

Perbincangan ini merupakan sesi lanjutan bagi meneliti dan memperhalusi cadangan pindaan terhadap EJSS dan ETJSS yang telah dideraf oleh pihak JPSS. Sesi ini turut memberi tumpuan kepada penentuan halatuju, pendekatan serta gerak kerja selanjutnya bagi memastikan cadangan pindaan yang dikemukakan dapat diteliti secara menyeluruh dari aspek perundangan dan pelaksanaannya.

Kerjasama strategik antara JPSS, MAIS dan Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerangka perundangan jenayah syariah Negeri Selangor agar kekal relevan, jelas dan berkesan dalam mendukung pelaksanaan keadilan syariah.

#JPSS#JabatanPendakwaanSyariahSelangor#EJSS#ETJSS#PindaanEnakmen#PenyelidikanDanPerundangan#PerundanganSyariah#Selangor

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *