SHAH ALAM, 17 Ogos 2026– Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) telah mengadakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) pada 17 Ogos 2026 (Isnin), jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat JPSS.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Sofian binti Ahmad, Ketua Pendakwa Syarie Selangordan dihadiri oleh wakil-wakil pihak pengurusan serta wakil pekerja JPSS.
Mesyuarat MBJ merupakan platform penting bagi memperkukuh komunikasi dan kerjasama dua hala antara pihak pengurusan dengan warga kerja, khususnya dalam membincangkan perkara berkaitan kebajikan, kepentingan pekerja, persekitaran kerja serta isu-isu pentadbiran yang berkaitan dengan warga jabatan.
Melalui sesi perbincangan yang konstruktif, pelbagai pandangan dan cadangan dapat disampaikan untuk pertimbangan pihak pengurusan, sekali gus menyokong usaha JPSS dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, harmoni dan produktif.
Penganjuran mesyuarat ini juga mencerminkan komitmen JPSS untuk terus memperkukuh **tadbir urus, kesejahteraan warga kerja serta penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti dan berintegriti
Bersama Memperkasa Organisasi, Demi Perkhidmatan Berkualiti.
#JPSS#JabatanPendakwaanSyariahSelangor#MBJ#MajlisBersamaJabatan#TadbirUrus#WargaJPSS#PerkhidmatanAwam




