Uncategorized

𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦 𝗥𝗔𝗬𝗨𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗞𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦 𝗥𝗔𝗬𝗨𝗔𝗡

𝗦𝗛𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗔𝗠, 𝟭𝟭 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor melalui Bahagian Perundangan, Perbicaraan dan Rayuan telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Pengurusan Kes Rayuan Jenayah Syariah yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 10 hingga 11 Ogos 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.

Bengkel yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang ini bertujuan memperkukuh kefahaman serta meningkatkan kecekapan pegawai dalam aspek pengurusan dan pengendalian kes rayuan jenayah syariah.Program ini turut menjadi platform bagi menyelaras tatacara kerja serta memperkemas proses pengurusan kes rayuan agar dilaksanakan secara lebih sistematik, teratur dan berkesan.

Bagi memperkukuh pengisian bengkel, sesi perkongsian telah disampaikan oleh Tuan Muhammad Khairul Nizzam bin Kassim, Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Perkongsian tersebut memberikan pendedahan berkaitan aspek pengurusan kes rayuan serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam pengendalian kes di peringkat rayuan.

Selain sesi perkongsian, bengkel turut memberi ruang kepada peserta untuk bertukar pandangan, membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan kes serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam proses pengendalian kes rayuan jenayah syariah.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat meningkatkan keseragaman dan kecekapan pengurusan kes rayuan, di samping memperkukuh kompetensi pegawai dalam memastikan setiap kes dikendalikan secara profesional, teliti dan berintegriti.

Penyelarasan seperti ini juga selaras dengan komitmen Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta memastikan pengurusan kes pendakwaan syariah dilaksanakan secara profesional, efisien dan berintegriti.

𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘆𝘂𝗮𝗻

𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿

#JabatanPendakwaanSyariahSelangor

#BahagianPerundanganPerbicaraanDanRayuan

#BengkelPenyelarasan

#PengurusanKesRayuan

#JenayahSyariah

#PemantapanKompetensi

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *