Uncategorized

Program Pementoran JPSS Kukuhkan Hubungan Mentor dan Mentee

SHAH ALAM, 27 Julai 2026– Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) telah mengadakan Perjumpaan Program Pementoran pada 27 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat JPSS, bermula pada jam 2.30 petang.

Perjumpaan ini merupakan sesi permulaan bagi membina hubungan profesional antara mentor dan mentee serta memberi pendedahan mengenai pelaksanaan Program Pementoran di jabatan. Program dimulakan dengan sesi ta’aruf, yang memberi ruang kepada mentor dan mentee untuk saling mengenali, berkongsi latar belakang, pengalaman serta harapan sepanjang tempoh pementoran.

Sesi diteruskan dengan perkongsian ilmu daripada Program Training of Trainers (TOT), yang memberi penekanan kepada peranan mentor sebagai pembimbing dalam pembangunan kompetensi, sahsiah dan profesionalisme mentee. Turut dikongsikan ialah kepentingan komunikasi yang berkesan, pembinaan hubungan berasaskan kepercayaan serta penetapan matlamat pembangunan diri yang jelas.

Sebagai penutup, mentor dan mentee telah melaksanakan pengisian buku log Program Pementoran sebagai rekod rasmi perjumpaan pertama. Pengisian tersebut merangkumi objektif program, harapan kedua-dua pihak serta perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh pementoran.

Program ini diharap dapat memperkukuh budaya pembelajaran berterusan, perkongsian ilmu dan pengalaman, di samping melahirkan pegawai yang lebih berkompetensi, berintegriti dan berdaya saing selaras dengan aspirasi Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.

#pementoran

#jabatanpendakwaansyariahselangor

#budayakerjapositif

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *