Shah Alam, 29 Mei 2025 – Ketua Pendakwa Syarie Negeri Selangor, Puan Sofian binti Ahmad telah menerima Watikah Pelantikan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, pada Majlis Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Orang Besar Daerah Gombak, Ketua Pendakwa Syarie, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor, Pendaftar Kanan Dan Pendaftar Wali Raja di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Pelantikan ini mencerminkan kepercayaan penuh DYMM Sultan Selangor terhadap integriti dan kewibawaan beliau dalam menerajui institusi pendakwaan syariah di negeri Selangor.
Seluruh warga Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan ini. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, adil dan berintegriti demi menjunjung tinggi syiar Islam dan kedaulatan undang-undang syariah di Negeri Selangor Darul Ehsan.
#jabatanpendakwaansyariahselangor


