Uncategorized

SESI KUNJUNG HORMAT KETUA PENDAKWA SYARIE SELANGOR KEPADA PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI SELANGOR

Shah Alam, 14 April 2025 – Ketua Pendakwa Syarie Selangor (KPS), Puan Sofian binti Ahmad telah mengadakan sesi kunjung hormat kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor iaitu Yang Berhormat Dato’ Salim bin Soib @ Hamid yang bertempat di Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor di Shah Alam.

Objektif kunjungan hormat ini adalah:

i) Mengukuhkan hubungan silaturrahim dan sesi perkenalan KPS sebagai Ketua Jabatan di Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) yang baharu mulai 3 Februari 2025.

ii) Menjalin kerjasama strategik dalam bidang perundangan melibatkan pengurusan kes-kes Jenayah Syariah di Negeri Selangor.

iii) Berkongsi peranan dan fungsi JPSS dan perbincangan untuk penambahbaikan strategi organisasi.

Hadir bersama semasa sesi tersebut ialah Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Puan Zamniazura binti Mohd Sarin, Ketua-Ketua Bahagian dan wakil Pendakwa Syarie JPSS. Program ini diakhiri dengan sesi penyerahan cenderahati dan bergambar.

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *