Bermula pada tahun 2007 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengambil inisiatif untuk meletakkan struktur pengurusan penguatkuasaan dan pendakwaan syariah kepada dua bahagian berasingan bagi memantapkan keberkesanan tugas dan peranan kedua-dua bahagian yang mempunyai fungsi yang berbeza.

Kemudian, usaha pengasingan Bahagian Pendakwaan untuk dinaik taraf kepada satu jabatan yang berasingkan dilakukan bagi mentransformasi dan memperkukuhkan kedudukan institusi perundangan syariah.

Secara rasmi terpisah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada April 2018 dan dikenali sebagai Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS). Ianya menjadi contoh kepada negeri-negeri lain kerana Selangor adalah antara yang terawal menjadikan pendakwaan sebagai satu jabatannya sendiri terpisah dari Jabatan Agama Islam Negeri. Sehingga kini, usaha naik taraf masih giat dilakukan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) supaya dapat menjadi jabatan yang berkredibiliti dan efisen dalam membawa keadilan kepada perundangan jenayah Syariah di Selangor.