Utusan Ketua Pendakwa Syarie
Terima kasih kepada tuan puan semua kerana sudi bertandang ke laman web JPSS.
Laman web ini merupakan laman web jabatan untuk pengumpulan dan perkongsian maklumat berkaitan jabatan.
Walaupun sebelum diwujudkan menjadi jabatan, urusan pendakwaan kes mahkamah syariah telah dilaksanakan. Setelah pengasingan Bahagian Pendakwaan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mulai 01 April 2018, wujudlah Jabatan ini mengikut waran perjawatan yang telah diluluskan dan dimulai 01 Januari 2019 (secara rasmi) jabatan ini bertindak sebagai sebuah jabatan kerajaan yang mempunyai tanggungjawab melaksanakan fungsi penubuhannya sebagaimana jabatan-jabatan kerajaan lain diperingkat negeri diketuai oleh Ketua Pendakwa Syarie (KPS) JPSS sebelum ini iaitu Tuan Abu Bakar Bin Hj. Mohd Daud.
Pihak jabatan sentiasa berusaha melengkapkan prasarana khidmat sokongan bagi mengukuhkan ketersediaan semua pendakwa syarie meneruskan tugasan tanpa terjejas di waktu awal pertukaran status sebagai bahagian di JAIS kepada sebuah jabatan dalam menguruskan kes jenayah syariah di Negeri Selangor.
Semoga dengan adanya laman khas ini memudahkan perkongsian maklumat secara pintar dalam kalangan pendakwa syarie yang kebanyakan bertugas di luar pejabat kerana menguruskan dan menyelidik kes pendakwaan di Mahkamah yang berbeza saban hari. Moga sokongan tuan/puan memberi motivasi dan semangat untuk jabatan ini meneruskan visi dan misi penubuhannya dengan lebih cemerlang lagi.
Akhir kalam, redha Allah jua yang sentiasa kami panjatkan dan kesyukuran atas nikmat yang telah diberikan.
Hj. Zainor Rashid Bin Hassin