28 Ogos 2023 – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor- JPSS diwakili Ketua Pendakwa Syarie iaitu Tuan Haji Zainor Rashid Bin Hassin telah menyertai Program Ziarah Merdeka Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi tahun 2023 yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos 2023. Majlis Pelepasan dan penyerahan Jalur Gemilang telah disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Yusof, Pengerusi MAIS dengan melibatkan 3 lokasi iaitu Pusat Dialisis MAIS Seksyen 3 Shah Alam, Rumah Puteri Arafiah Seksyen 7 Shah Alam dan Pusat Perlindungan Muallaf Baitul Salam, Jalan Kebun.
#jpss#majlisagamaislamselangor








