10 Ogos 2023 – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor- JPSS telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang. Lawatan ini telah diketuai oleh Tuan Haji Zainor Rashid Bin Hassin, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Selangor bersama 8 orang pegawai yang bertujuan melihat secara dekat penggunaan sistem e-Dakwa Pahang. Delegasi JPSS telah disambut baik oleh seluruh warga kerja Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang yang diketuai oleh Tuan Haji Salehuddin Bin Abd Manaf iaitu Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang. Delegasi JPSS dapat melihat dengan lebih dekat, setiap proses serta peringkat sehingga terhasilnya sistem e-Dakwa Negeri Pahang dan diharapkan agar Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor- JPSS akan berjaya menghasilkan satu sistem e-Dakwa tersendiri sebagai satu inovasi dan penambahbaikan proses kerja di masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *