09 Mei 2023 bersamaan 18 Syawal 1444H – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor telah mengadakan Hari Perundangan Jenayah Syariah di Pusat Konvensyen Shah Alam dengan membawa tajuk Evolusi Perundangan Jenayah Syariah, program mendapat sambutan yang menggalakkan daripada agensi-agensi, kolej dan SMAT di sekitar daerah-daerah di negeri Selangor dengan penyertaan sebanyak 250 peserta. Program dimulai dengan pembentangan kertas kerja daripada Dr. Azizah binti Mat Rashid Ketua Penyelaras Latihan Industri & Jaringan Komuniti Fakulti Jenayah dan Undang-Undang Universiti Islam Selangor, turut mengimarahkan program dengan bual bicara forum bersama dua panel yang hebat iaitu Puan Aiman binti Roslan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Bantuan & Guaman Selangor bersama Tuan Mohamad Zakian Bin Dio Pengarah Kanan Kehakiman, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dengan sentuhan yang padu moderator kita Tuan Atras bin Mohamad Zin Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.
Majlis turus dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna & Industri Halal Selangor dengan menandatangani mokup sign sebagai simbolik perasmian. Salah seorang wakil Pendakwa Syarie Puan Siti Nor Hashibah binti Jamhari juga turut diundang di Media Selangor dalam segmen Hai Selangor bagi mengupas isu Jenayah Syariah Libat Poligami dan orang ke-3.






