27 Februari 2023 – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Pendakwaan Syariah, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Lawatan ini telah diketuai oleh Tuan Zainor Rashid bin Hassin, Ketua Pendakwa Syarie Selangor bersama empat orang pegawai yang bertujuan melihat secara dekat penggunaan sistem Khidmat Islam Sarawak (KISWA).

Delegasi JPSS telah disambut dengan baik oleh seluruh warga kerja Bahagian Pendakwaan Syariah, JAIS yang diketuai oleh Tuan Ahmad Rithauddeen bin Haji Rabaie, Ketua Pendakwa Syarie / Ketua Bahagian Pendakwaan Syariah, JAIS.

Di akhir sesi lawatan ini, deligasi JPSS telah melakukan kunjungan hormat kepada S.S. Ustaz Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Pengarah, Jabatan Agama Islam Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *