Lawatan Kerja Ke JPSN Terengganu dan Pahang

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang

Tarikh : 24 – 25 Oktober 2019

Tempat : Kuala Terengganu, Terengganu dan Kuantan, Pahang.

Satu lawatan kerja ke Jabatan Pendakwaan Syariah Terengganu(JPSNT) telah dibuat oleh jabatan ini melibatkan 25 orang pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh Tuan Abu Bakar Bin Mohd Daud, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Selangor.

Dalam lawatan ini kedua-dua jabatan ini saling berkongsi maklumat berkaitan isu pengurusan kes statistik dan pengurusan pentadbiran dengan matlamat yang sama bagi memantapkan operasi sebuah jabatan pendakwaan. Antara objektif utama lawatan kerja ini adalah untuk melawat bilik fail dan melihat sendiri pengurusan rekod berkaitan kes-kes jenayah syariah dan fail-fail pengurusan am di pejabat negeri-negeri tersebut.

Semoga dengan lawatan kerja ini dapat mengeratkan ukhwah antara jabatan-jabatan pendakwaan negeri Terengganu dan Pahang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *