Pejabat Ketua Pendakwa Syarie

Tuan Abu Bakar bin Mohd Daud

Assalamualaikum wrt

Segala puji bagi Allah SWT, Selawat dan salam buat Junjungan Nabi kita Nabi Muhammad SAW.

Terima kasih kerana sudi bertandang ke laman web JPSS.

Laman ini merupakan laman web jabatan untuk pengumpulan dan pengkongsian data sejarah jabatan sebagai sejarah.

Sungguhpun fungsi utama jabatan untuk urusan pendakwaan kes ke Mahkamah, namun setelah jabatan diasingkan daripada Jabatan Agama islam Selangor (JAIS) mulai 1/4/2018 (dari sudut waran perjawatannya) dan mulai 1/1/2019 (secara total) maka jabatan ini perlu bertindak sebagai sebuah jabatan kerajaan yang mempunyai tanggungjawab yang sama sebagaimana jabatan-jabatan kerajaan lain di peringkat negeri.

Pihak jabatan dalam usaha melengkapkan prasarana khidmat sokongan bagi mengukuhkan ketersediaan semua pendakwa syarie meneruskan tugasan tanpa terjejas di awal pertukaran status bahagian di JAIS kepada sebuah Jabatan.

Semoga dengan adanya laman khas ini memudahkan perkongsian pintar dalam kalangan pegawai pendakwa syarie yang kebanyakan bertugas di luar pejabat kerana menguruskan kes pendakwaan di Mahkamah yang berbeza saban hari.

Moga sokongan tuan puan memberi motovasi dan semangat untuk jabatan ini meneruskan visi dan misi penubuhannya dengan lebih cemerlang lagi.

Akhir kalam redha Allah jua yang sentiasa kami dambakan.

Abu Bakar bin Mohd Daud
Ketua Pendakwa Syarie Selangor