BAKEP

Badan Kebajikan Kakitangan Pendakwaan (BAKEP), adalah sebuah badan kebajikan yang dianggotai oleh semua warga kerja Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS). Nama BAKEP di kekalkan sebagaimana mana asal semasa sebelum penubuhan Jabatan lagi.

Berfungsi menjadi suara warga kerja menyuarakan pandangan dan hasrat ahli kepada pihak pengurusan jabatan. BAKEP juga berfungsi menjaga kebajikan ahli dengan mengambil cakna terhadap kesihatan, keselamatan dan ketersediaan ahli dalam melaksanakan tugas.

BAKEP menganjurkan aktiviti sosial dalam kalangan ahlinya dengan bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan sesama ahli. Antara aktiviti anjuran BAKEP adalah seperti sambutan hari jadi ahli, Program Hari Keluarga Jabatan dan lain-lain.