Bekas Peneraju JPSS

Posted by on Apr 21, 2019 in Info Korporat

Ketua Pendakwa Syarie Selangor

Ketua Pendakwa Syarie yang pertama iaitu Tuan Hadri bin Idris yang berkhidmat pada 1 Mac 2004 hingga 13 Jun 2004.

Kemudian pada 2 Mei 2006 hingga 1 Oktober 2006, Tuan Hairuddin bin Abd. Samad dilantik sebagai Ketua Pendakwa Syarie kedua.

Seterusnya Datin Raja Darulehsan binti Raja Ariffin dilantik sebagai Ketua Pendakwa Syarie ketiga sehingga 3 Disember 2007.

Seterusnya Tuan Mohamad Rais bin Rasid dilantik sebagai Ketua Pendakwa Syarie keempat sehingga 18 Mei 2008.

Tuan Azmi bin Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pendakwa Syarie kelima dan berkhidmat pada 18 Ogos 2008 hingga 3 Oktober 2008.

Bermula 16 Januari 2009 hingga 21 Ogos 2017, Tuan Abdul Shukor bin Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Pendakwa Syarie keenam dan merupakan Ketua Pendakwa Syarie pertama dari skim lantikan LS (Skim Pegawai Syariah).

Seterusnya Puan Sofian binti Ahmad dilantik sebagai Ketua Pendakwa Syarie ketujuh sehingga 31 Disember 2018.

Kemudian berikutan penaiktarafan Bahagian Pendakwaan menjadi sebuah Jabatan mulai 2 Januari 2019, Ketua Pendakwa Syarie yang baharu telah dilantik iaitu Tuan Abu Bakar bin Daud. Beliau merupakan Ketua Pendakwa Syarie kelapan dan masih berkhidmat sehingga kini.


Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Selangor

Jawatan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie diwujudkan bagi membantu Ketua Pendakwa Syarie dalam menjalankan pengurusan pendakwaan.

Timbalan Ketua Pendakwa Syarie pertama adalah Tuan Zusyarafain bin Yusoff. Beliau berkhidmat pada tahun 2008 sehingga 2014. Seterusnya,

Tuan Mohammad Zaim bin Mohamad Hassim merupakan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie kedua. Beliau berkhidmat bermula 2 januari 2015 hingga 1 februari 2018.

Pada 2018, Tuan Mohd Nazri bin Mohd Ariffin dilantik sebagai Timbalan Ketua Pendakwa Syarie yang ketiga hingga 15 Oktober 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *